Tuesday 22 March 2016

LSU purple


LSU purple menghasilkan buah yang tahan rekahan di musim hujan dan buah mempunyai mata yg tertutup (closed eye) sesuai ditanam dinegara kita, .Berbuah lebat warna purple gelap manakala isinya berwarna keemasan. Buah yang masak pada musim kering akan memberikan rasa yg sedap dan manis.
Buah akan lebih sedap bila pokok berusia lebih dari 5 tahun.






SAL EL

SAL EL

Senang dan lebat berbuah, tidak menghasilkan buah breba buah mempunyai rasa yg sedap dan manis. Buah berwarna merah keperanganan dgn isi berwarna merah. Buah bersais kecil ke sederhana.














Monday 21 March 2016

Tanaman tin dari keratan batang, kenapa mati?


Saya mula menanam tin dari keratan batang bermula dari Ogos 2013. Sehingga sekarang saya mempunyai hampir 100 varieti. Keratan pokok tin sangat senang berakar tetapi kenapa kerapkali keratan yg disemai mereput? Ada beberapa sebab kenapa kertan batang mereput,ia berlaku di setiap peringkat dari penyediaan keratan batang selepas di potong hingga anak pokok sedia untuk dipindahkan ke tempat tanaman kekeal.

1. keratan batang yg tidak disediakan dengan betul

       - setelah dipotong, keratan pokok tin hendaklah dicuci menggunakan berus gigi dan pencuci pinggan,
       - selepas dibilas keratan hendaklah direndam selama 30 saat didalam campuran air dan klorin        
          dalam nisbah 10:1
        -keratan kemudian di anginkan untuk mengeringkan sisa air dan klorin
        -keratan boleh disemai mengikut cara yg disukai @ disimpan dlm peti sejuk

2. Keratan tidak disimpan dengan betul
 
       -Kebanyakan keratan di beli dari luar negara, Pada musim luruh pekebun akan memangkas pohon tin 
         untuk mengelakkan kematian batang tin yg terdedah kepada salji/ frost yg mana batang yg dipangkas           akan disimpan dlm bilik sejuk atau peti sejuk
       - keratan akan ternyahhidrasi atau berkulat bergantung kepasa kelembapan udara dlm bilik /peti sejuk

3. keratan tidak dibungkus dgn betul semasa penghantaran
    
       - keratan yg dibungkus dgn betul akan kekal dalam keadaan baik walaupun  penghantaran             
           mengambil  masa  antara 1-6 minggu. 
       - Saya dapati cara terbaik adalah dengan membungkus setiap keratan tin dengan surat khabar diikuti 
          oleh clingwrap. Air yg tersejat dari keratan batang akan diserap oleh kertas, ini akan mengekalkan
           kelembapan pada tahap optima. 

4. Terlebih air dalam medium semaian
      
        - Walau menggunakan apa apa media pilihan seperti cocopeat, perlite, vermiculite atau  campuran         
           kompos yg dibeli, jika terlebih air akar akan berkulat dan mereput.